New life , di KSKB SAS UK
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..
Hey semua ,dah lama saya tak update belog sejak dua menjak nie ..Haha banyak la menjak kan , last update rasanya bulan empat haritu ..Almost dua bulan la kan .? So takdelah lama sangat dibandingkan dengan second last entry haritu di post sebelum masuk matrik taun lepas .. So sekarang saya nak share dengan awak-awak semua yang saya tengah bercuti .. Yyeahhh ,walaupun cuti saya hanya sebulan ,saya tersangatlah bersyukur sebab ada lagi segelintir kawan-kawan saya dekat KSKB tak boleh balik lagi .. So ,awak-awak yang sedang baca entry nie silalah tumpang gembira untuk saya *kfine ..Sebenarnya saya tak tahu nak mengarang kejadah apa bendanya since saya pun dah hampir dua tahun tak pegang pen untuk mengarang eseii yang panjang bebenor tuu ..Tapi untuk mencantikkan lagi mengindahkan belog saya yang dah bersarang nie , saya pun dengan rajinnnya mengupdate entry kali nie pasal kolej saya iaitu KSKB.UK perak =') *omeyy tak .?HAHA *lupakan
Okey , masa saya tengah kusyuknye menjalani semester dua di Matrikulasi Penang , saya dapat tawaran under Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Program Penolong Pegawai Perubatan dengan nama lainnya MA , haih kan senang sebut nama pendek jer , buat penat kita taip je wak ..Seriusly cakap ,saya tak sangka langsung yang saya akan lulus interview nie dan dapat tawaran nie sebab masa interview haritu saya dimaklumkan berpuluh ribu yang memohon , dan 2000 ribu sahaja dipanggil untuk interview dan hanya beberapa ratus saja yang akan dipilih .. Memang peluang nak dapat tue tipislah and semua yang interview dengan saya haritu majoriti nya budak Matrik dengan Asasi and yang paling tak sangka sekali ada juga yang dah ambik degree.. Makinlah tak berharap saya nak dapat peluang nie ..Memandangkan pointer saya di sem satu saya hanya 3.51 jer , saya dengan rela dan terbuka hatinya akan terima tawaran nie .. Saya tau kalau saya still lagi di matrik , saya kena dapat paling koman 4 flat untuk sem dua kalau nak dapat pointer last 3.8 keatas .. Sebab dari apa yang mentor saya cakap 3.8 keatas saja yang dapat apply biasiswa nanti .. So saya fikir sehabis masaknya nasib tak hangus jer , saya pun dengan rela hati dan yakinnya terimalah tawaran ini .Sebab saya rasa and mostly cakap rugi tolak tawaran nie sebab memang kofem-kofem dah habis latihan tiga tahun saya dapat berkhidmat dengan kerajaan ditambah pula saya disediakan dengan sepenuhnya elaun bulanan ,elaun buku , elaun pakaian, elaun peralatan dan elaun perkakas .. So maybe nie rezeki saya *syukur =)
Masa first dapat tawaran nie , saya still lagi tak tahu dekat mana penempatan saya . dalam hati tak habis-habis berdoa moga tak dapat dekat kuching ,sebab kalau dapat jauh nun di Sarawak memang sah-sah la saya takkan pergi . Dalam otak nie duk spot biar dapat kolej MA dekat seremban jer , dekat kalau cuti-cuti boleh balik umah aunty tak pun sedara area KL .. Tapi apa yang disangka memang tersasar jauh la , last-last dapat dekat Perak iaitu Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu kinta .. Masa first check tu , saya dah terkejut sakan la ,what Kolej Sains Kesihatan Bersekutu , apa tu .?Bukan ker Kolej Pembantu Perubatan eh , macam mana tetiba bertukar jadi Bersekutu .? Masa masuk KSKB baru lah saya tau , kolej nie jadi Kolej Sains Kesihatan Bersekutu sebab gabungan tiga program iaitu Program Pembantu Perubatan , Program Kejururawatan dan Program Pembantu Farmasi ..*macam tu ceghita nyerrr .. Okey kat bawah nie ada beberapa gambar tentang KSKB SAS , bagi sesiape yang dapat masuk sini moh lerr tengok kecantikan bakal kolej korang .. *heee~
Pandangan atas , see nie dataran KSKB .. Segala aktiviti pagi sepanjang minggu orientasi dijalankan dikawasan ini ..
Yang nie perkarangan depan KSKB SAS UK ..*Sumpah lawa gila , tabik springg dekat pereka plan kolej nie
Nie pandangan sisi Blok Pentadbiran . Kolej kita area bukit wak *kelasss gituuu
Surau al-hidayah .. First time masa Iftar dekat surau ni makan dalam dulang beramai-ramai ..
Makmal Anatomi dan Fisiologi . Masa minggu poster reading kebanyakan masa dihabiskan dalam nie lah untuk ulangkaji ..
Dewan Kuliah ,Dewan Sri Larut ..Yang nie bukan dewan kuliah kita , dewan kuliah nie student MA sem dua yang guna pakai
Perpustakaan , yang paling best nak ke perpustakaan kena naik tangga even lift disediakan sebab students tidak dibenarkan menggunakan lift sama sekali ..
Dewan Sri Perdana , inilah tempat perhimpunan kami sekaligus dewan peperiksaan kami semua ..
cafe kami =) Seribu satu kenangan ..HAHA
hehe , yang nie bilik yang disediakan .. satu bilik dua orang pelajar jer yang ditempatkan , dan tandas dikongsi dengan bilik sebelah ..
sumber ~ encik google dan fan page KSKB.UK